Isnin, 10 September 2012

Proses Pelaksanaan Pemulihan

Carta Alir Proses Program Pemulihan
Pencalonan Murid
Pencalonan murid pemulihan adalah proses utama kepada pemilihan calon untuk ditempatkan di dalam program pemulihan. Pencalonan murid pemulihan boleh dilakukan oleh :

Guru Kelas
Guru Kelas boleh mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas berdasarkan pencapaian murid dalam kemahiran menulis, membaca dan mengira, hasil kerja murid dalam kelas, keputusan ujian bulanan, semester dan ujian setiap kemahiran.

Guru Mata Pelajaran
Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik juga boleh mencalonkan murid yang diajar oleh mereka untuk mengikuti kelas pemulihan berdasarkan kepada pencapaian mereka. Apabila murid-murid ini lemah dan tidak menguasai kemahiran yang disasarkan maka mereka layak untuk dicalonkan ke kelas pemulihan.

Guru Besar
Guru Besar boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian kad-kad laporan murid dan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah.

Ibu bapa / penjaga
Ibu bapa atau penjaga boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikuti program pendidikan pemulihan khas berdasarkan masalah pembelajaran anak mereka.

Ujian Pelepasan KIA 2 M
Murid-murid boleh dicalonkan berdasarkan kepada Ujian pelepasan KIA 2M bagi murid Tahun 1. Bagi murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA 2M maka mereka layak dicalonkan untuk mengikuti saringan program pemulihan. Masa yang paling baik sekali ialah di awal tahun persekolahan.

0 komen:

Template by:

Free Blog Templates