Isnin, 10 September 2012

Apa itu Pendidikan Pemulihan ?


Definisi Pendidikan Pemulihan

Bahagian Sekolah-sekolah, Kementenian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS) 8502I5IPKIJ1d. V (26) bertanikh 8 Januani 1986 telah mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran munid-munid lemah disekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-gunu pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), mentakrifkan pendidikan pemulihan adalah satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesukaran dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.


Bagi Ishak Haron dan Koh Boh Boon (1983), menegaskan bahawa pendidikan pemulihan ialah satu perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa atau aliran perdana yang gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.

Konsep Pendidikan Pemulihan


Pendidikan Pemulihan Khas berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. Guru yang mengajar kelas pemulihan khas merupakan guru yang terlatih di institusi yang menyediakan kursus-kursus pendidikan pemulihan seperti di universiti, maktab perguruan mahu pun institut pendidikan guru sama ada dalam negara atau luar negara.

Hasilnya guru pemulihan khas mempunyai kepakaran yang khusus bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang lemah. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga menjurus kepada kelemahan murid. Keluasan kelas pemulihan khas adalah bergantung kepada kekosongan bilik darjah. Peringkat awal pelaksanaan ada kelas pemulihan khas hanya terdiri daripada satu ‘bay’ atau berada di lorong laluan. Tetapi kini kelas pemulihan khas telah mengalami transformasi dan mempunyai kelengkapan yang terbaik bagi menghasilkan kelas yang kondusif yang mampu
menjana perubahan kepada murid-murid pemulihan bagi mengatasi kelemahan mereka.

Boleh muat naik melalui link ini untuk maklumat lanjut.





0 komen:

Template by:

Free Blog Templates