Isnin, 10 September 2012

Ulang Kaji Suku Kata KV

Cuba kita ulang kaji kembali suku kata KV

Perkataan KVKKVK

Kalau adik-adik sudah sampai ke post ini, bermaksud adik-adik sudah menguasai suku kata KV, suku kata KVK dan suku kata KVKK. Mari kita cuba pula perkataan KVKKVK


Lagu Tiga Kupang

Kita menyanyi pula Lagu Tiga Kupang



Mari Menyanyi !

Mari kita menyanyi lagu ABC !

Latihan Perkataan KVKKVK

Mari kita membuat latihan untuk KVKKVK pula. Siap sedia semua !

Latihan KVKV

Sudah pandai menyebut perkataan KVKV? Cikgu nak uji bagaimana pula adik-adik menulis !


Perkataan KVKV

Mari kita belajar pula bagaimana untuk menyebut perkataan KVKV.



Latihan KVKK

Sudah pandai membaca KVKK? Mari kita cuba latihan pulak !


Suku Kata KVKK

Bulat mata cikgu tengok komputer. Haha. Mari kita lihat pula suku kata KVKK.

Latihan Suku Kata KVK

Mari kita cuba pulak latihan untuk Suku Kata KVK !


Latihan : Suku Kata KV

Kalau dah pandai membaca, mari kita tengok macam mana adik-adik nak tulis pulak. Kalau dah boleh menulis dan membaca, barulah adik-adik dah "terer" untuk suku kata KV.

Print lembaran kerja ini dan cuba di rumah.


Suku Kata KVK

Kita berjumpa lagi. Post kali ni, cikgu kongsi pulak macam mana nak belajar suku kata KVK. Pastikan adik-adik dah pandai suku kata KV tau. Kalau tak faham tanya cikgu.

P/s : Kalau tak faham apa cikgu tulis kat atas, jumpa cikgu. Kalau boleh baca, bermaksud dah pandai dah tu.

Suku kata KV

Ini cara nak baca suku kata KV. Nanti dah pandai, kita belajar KVK pulak ye !

P/s : Kalau adik-adik dah boleh baca apa cikgu tulis ni, maksudnya dah pandai dah tu.

Abjad

Mari kawan-kawan kita belajar mengenai abjad ! Kalau tak faham, boleh tanya Cikgu Bilal atau cikgu lain di sekolah !

Proses Pelaksanaan Pemulihan

Carta Alir Proses Program Pemulihan
Pencalonan Murid
Pencalonan murid pemulihan adalah proses utama kepada pemilihan calon untuk ditempatkan di dalam program pemulihan. Pencalonan murid pemulihan boleh dilakukan oleh :

Guru Kelas
Guru Kelas boleh mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas berdasarkan pencapaian murid dalam kemahiran menulis, membaca dan mengira, hasil kerja murid dalam kelas, keputusan ujian bulanan, semester dan ujian setiap kemahiran.

Guru Mata Pelajaran
Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik juga boleh mencalonkan murid yang diajar oleh mereka untuk mengikuti kelas pemulihan berdasarkan kepada pencapaian mereka. Apabila murid-murid ini lemah dan tidak menguasai kemahiran yang disasarkan maka mereka layak untuk dicalonkan ke kelas pemulihan.

Guru Besar
Guru Besar boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian kad-kad laporan murid dan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah.

Ibu bapa / penjaga
Ibu bapa atau penjaga boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikuti program pendidikan pemulihan khas berdasarkan masalah pembelajaran anak mereka.

Ujian Pelepasan KIA 2 M
Murid-murid boleh dicalonkan berdasarkan kepada Ujian pelepasan KIA 2M bagi murid Tahun 1. Bagi murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA 2M maka mereka layak dicalonkan untuk mengikuti saringan program pemulihan. Masa yang paling baik sekali ialah di awal tahun persekolahan.

Apa itu Pendidikan Pemulihan ?


Definisi Pendidikan Pemulihan

Bahagian Sekolah-sekolah, Kementenian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS) 8502I5IPKIJ1d. V (26) bertanikh 8 Januani 1986 telah mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran munid-munid lemah disekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-gunu pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), mentakrifkan pendidikan pemulihan adalah satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesukaran dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.


Bagi Ishak Haron dan Koh Boh Boon (1983), menegaskan bahawa pendidikan pemulihan ialah satu perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa atau aliran perdana yang gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.

Konsep Pendidikan Pemulihan


Pendidikan Pemulihan Khas berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. Guru yang mengajar kelas pemulihan khas merupakan guru yang terlatih di institusi yang menyediakan kursus-kursus pendidikan pemulihan seperti di universiti, maktab perguruan mahu pun institut pendidikan guru sama ada dalam negara atau luar negara.

Hasilnya guru pemulihan khas mempunyai kepakaran yang khusus bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang lemah. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga menjurus kepada kelemahan murid. Keluasan kelas pemulihan khas adalah bergantung kepada kekosongan bilik darjah. Peringkat awal pelaksanaan ada kelas pemulihan khas hanya terdiri daripada satu ‘bay’ atau berada di lorong laluan. Tetapi kini kelas pemulihan khas telah mengalami transformasi dan mempunyai kelengkapan yang terbaik bagi menghasilkan kelas yang kondusif yang mampu
menjana perubahan kepada murid-murid pemulihan bagi mengatasi kelemahan mereka.

Boleh muat naik melalui link ini untuk maklumat lanjut.





Ahad, 9 September 2012

Salam Pembuka

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia !

Selamat datang ke blog Cikgu Amirol. Walaupun cikgu tak tahu sangat macam mane nak guna blog, tapi cikgu akan cuba sedaya upaya cikgu untuk membuat blog ini sehabis baik ! Jika terdapat soalan atau sebarang komen, boleh terus komen di blog ini atau boleh emel cikgu di amirol.hafizi@gmail.com . Jangan segan silu !



Template by:

Free Blog Templates